Monthly Archives: February 2008

Of Loss.

Sebelum solat Subuh pagi tadi, dapat berita tentang permergian Opah Cu, mak saudara abah di kampung, yang telah kembali ke rahmatullah.

Abah ambil cuti hari ni untuk ke Ipoh menziarahi pengebumian. Abah dan Opah Cu rapat.

Didoakan semoga roh Opah Cu dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

———————-


Beringatlah wahai diri, giliran anda mungkin tidak lama lagi.

2:28 …kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.

Alia

Where are we?

Diam Yg Tidak Akan Didiamkan Allah

wanita-pecahkan-kepungan.jpg

Sesiapa yang tidak mengendahkan hal keadaan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis).

Sejak kepungan bermula 25/1/2006, dua tahun lalu hingga 25/1/2008 beberapa hari lepas, tidak ada seorang pemimpin Islam pun yang dapat berikhtiar sesuatu atau berkata menyeru, secara nyata atau sembunyi-sembunyi, tanpa perlu umat Palestin memecah tembok sempadan Mesir untuk mendapat bekalan ubat dan susu. Ini adalah diam yang tidak akan didiamkan oleh Allah swt di Hari Kiamat.

“Kami keluar menuju ke sempadan Rafah, Mesir bukan untuk bertembung dengan polis Mesir, tetapi untuk menyatakan kepada umat Arab dan Islam, “Kenapa kamu semua berdiam diri, sedang Gaza berdepan dengan maut?!”. “Kami tidak ada jalan keluar menemui umat Islam melainkan melalui pintu Mesir! Mesir pimpinan dan kecintaan kami. Ia adalah sejarah kami. Jika kami bercita-cita untuk menang, kami tahu ia tidak datang melainkan dari Mesir. Mereka seperti yang disabda oleh Nabi saw, “Sebaik-baik tentera di muka bumi”. “Anak-anak kami berdepan dengan maut. Malapetaka memenuhi ruang hospital-hospital kami. Hati mana yang boleh berdiam diri berdepan semua ini?!”. “Ramai pegawai keselamatan Mesir menangis melihat keadaan dan nasib kami dan berkata, “Hati kami bersama kamu, tetapi apa yang boleh kami buat, kami terpaksa akur kepada arahan pihak atas”.

“Kenapa kamu memukul kami? Kami di sini dengan penuh kasih sayang dan hormat. Kami tidak membawa senjata apa pun. Polis tersebut menangis dan mengarahkan polis lain supaya berhenti mengganggu wanita Palestin yang masuk ke Rafah, Mesir.

Demikian dinyatakan oleh Jamilah As-Syanty dengan memperkenalkan diri sebagai salah seorang ahli Parlimen Palestin. Setiap kali dia menyeru wanita Palestin untuk kembali masuk semula ke sempadan Palestin, mereka berkata ke arahnya, “Bekalan ubat macamana? Susu budak macamana? Kalau begitu kenapa kita ke sini? Kami tidak akan kembali sehingga laluan sempadan ini dibuka!”.

Pada hari-hari ini juga, Presiden Palestin, Mahmud Abbas, ketua Parti FATAH yang kalah mengadakan menyuarat dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert membincangkan perkembangan Kerajaan HAMAS di Gaza yang memecah buka sempadan Gaza/Palestin – Mesir, seolah-olah ini sesuatu perkembangan yang tidak ada atau mengganggu agenda “Pelan Damai Timur Tengah”. Mesir menghadapi tekanan Amerika agar segera menutup sempadan kembali. Ini bermakna membaiki kembali kepungan yang telah bolos! Mesir cuba bertindak lebih diplomatik dengan memanggil HAMAS dan FATAH bermesyuarat di Kaherah. HAMAS bersetuju untuk datang dan berbincang, tetapi FATAH telah diarah Amerika untuk tidak berbincang dengan “pengganas” seperti HAMAS. Apahalnya Amerika hendak masuk campurtangan sehingga sebegini mendalam, sedangkan Rafah adalah sempadan dua buah negara, Mesir dan Palestin, yang jauh 10,000 kilometer dari Washington ! Sebenarnya, Israel, melalui penguasaannya ke atas politik Amerika, hanya mahu mengsengsarakan umat Islam, bermula dengan Palestin, kemudian Iraq dan negara-negara selainnya. Sekiranya umat masih Islam tidak peka dan bangkit segera, giliran mereka pasti akan tiba.

Yahudi dan Kristian tidak akan suka melainkan kamu mengikut agama mereka” (Al-Baqarah:120).

Mereka (Yahudi dan Kristian) akan terus memerangi kamu sehingga mereka dapat memurtadkan kami sekiranya mereka mampu” (Al-Baqarah:217).

Wahai orang-orang yang beriman, jangan kami ambil Yahudi dan Kristian sebagai wali (teman dan perujuk). Mereka berwali sesama mereka. Siapa yang berwalikan mereka, sesungguhnya dia dari kalangan mereka. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik” (Al-Maidah:51).

Kita menyeru supaya :

  1. Umat Islam kembali bersatu dan tolong menolong dalam saf yang satu dalam berdepan dengan musuh-musuh yang sentiasa berusaha memecah dan melemahkan kekuatannya.
  2. Dibuka laluan di sempadan Rafah, Mesir secara berterusan bagi memudahkan umat Islam Palestin dan Mesir keluar masuk melaluinya.
  3. Mesir tidak tunduk kepada tekanan Amerika dan Israel, yang hanya mahukan malapetaka kepada umat Arab dan Islam. Ini bukan sahaja mengenai isu laluan sempadan Palestin – Mesir, tetapi juga dalam hal-hal lain yang berkaitan dengan kesatuan, kerjasama dan kasih sayang antara sesama Islam.
  4. Menyeru badan antarabangsa terutama PBB agar menghormati piagam-piagam antarabangsa mengenai hak-hak kemanusiaan dan mengutuk keras cubaan Yahudi yang didokong Amerika untuk mengepung 1.5 juta umat Gaza seperti mereka berada di kem tahanan besar.
  5. Dipergiat usaha dan kempen menyebar kesedaran kedalam masyarakat perihal bahayanya ancaman Yahudi kepada dunia termasuk negara kita sendiri.
  6. Disalurkan bantuan segera ke Gaza, Palestin sementara laluan Rafah masih terbuka. Sumbangan dari Malaysia boleh disalurkan melalui badan AMAN PALESTIN, Bangi. Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman 019 – 337 2021.

Semoga Allah mengampunkan pemimpin dan umat Islam yang berdiam diri tidak berperanan bersusngguh-sungguh ke arah membebaskan Masjid Al-Aqsa ini. Semoga mereka sedar dan segera bertindak sebelum terlambat. Sekiranya masih tidak sedar apatah lagi untuk bertindak, maka mereka diganti dengan pimpinan baru yang lebih faham dan berperanan. Semoga Allah swt segera membebaskan Palestin yang sedang dijajah dari penceroboh Yahudi yang didokong Barat. KepadaNya kita berdoa, berusaha dan bertawakkal. Dialah sebaik-baik yang memberi kemenangan.

Source : Ustaz Halim’s Ini Jalanku