Monthly Archives: November 2008

Tolakan dalaman.

Kadang-kadang dah malas sangat nak berfikir.
Bertanya kenapa begitu. Kenapa begini.
Mungkin lebih baik mendiamkan diri.

Cuba tanya ini pula;
Mana perginya dzatiyyah diri?

Ya Allah, jauhkan hati ini dari bersangka-sangka.

Innahu ‘alimum bizaatissudur (67:13)

Advertisements

Special kind of tarbiyyah.

Hari ni terasa nak menangis lagi.

It’s the end of the semester already. Like last year, I went through one same thing.

Just when I start to give up on hope, Allah showed me how much He loves His servants by making me realised things I never did. And it happened yesterday.

Morning of exam

“Fizah! Tolong laaa. Aku tak tahu apa nak study lagi ni!”
“Sama laa… Aku rasa past paper susah gila! Cuakkk”
“Seriously, since Emma bagi lecture aku tak faham satu apa punnn. Tgk nih cheat sheet aku.”
*separuh kertas kosong. putih.*
“Weh, takpe-takpe. Sempat lagi. Tulis je semua tutorial solutions. Nanti kau concentrate je on part yang Anne ajar.”

Sejam kemudian.
*Bersiap-siap untuk solat Zuhur dan ke Wayville*

“Fizah, aku takut! Macam mana kita boleh amik EFDA ni?!”
“Aku pun takut jugak.”
“Semua akak-akak kata EFDA senang nak score. Aku ingat lagi Kak Intan cakap kat aku, dia tak dapat HD untuk BDA, tapi boleh dapat HD untuk EFDA. Tapi aku rasa tahun ni punya susah. Semua tukar. Buku, lecturer.”
“Aku rasa menyesal sangat tak enrol untuk Professional English. Macam manalah aku boleh enrol untuk EFDA. Aku rasa macam sangat tak logik aku pilih EFDA over PE.” *muka takut dan nak menagis*

and she said something I’ll now never ever forget. Simple tetapi penuh makna. Dah tahu tapi lupa.

“Takpe. Allah dah tetapkan kau nak ambik EFDA”

Solat Zuhur.
Masa sujud solat Zuhur petang tu, tiba-tiba teringat kata-kata FIzah dan teringat suatu benda.

“Allah dah tetapkan”

Subhanallah.

And the tears kept on rolling from then onwards.

“Ini rupanya tarbiyyah aku semester ni. Cantiknya kehidupan yang Kau susun untuk hambaMu ini”

Ada satu perkara yang Allah tarbiyyah Alia tiap-tiap minggu semester ni.

And if it weren’t for me enrolling in that subject, I wouldn’t have gone through that tarbiyyah and I probably won’t be the same person that I am today.

Dan dalam takut-takut untuk exam petang tu, terasa sangat terharu dan sangat malu sujud depan Allah. Teharu sebab macam tu sekali Allah nak tarbiyyah hati ini. Yang DIA sesaat pun tak pernah lupakan hambaNya.
Malu sebab dalam prepare-prepare untuk exam dunia, lalai untuk prepare exam akhirat. Boleh pulak question kenapa boleh enrol untuk EFDA semester ni. Terlupa yang ilmu itu milik Allah. Yang belajar selama ni bukan untuk exam. Dan terlupa tarbiyyah ‘special’ yang Allah bagi tiap-tiap minggu pergi EFDA.

Akhirnya, dalam hati berkata, bukan enrol untuk EFDA yang Allah dah tetapkan tapi yang Allah dah tetapkan is that special kind of tarbiyyah that goes along with the search for knowledge.

And before the exam, I think I know that I’ve won the battle. And the battle wasn’t the exam. My battlefield was in my heart all along.

Upon seeing me crying after solat,

“Weh, takpe. Jangan risau. Baca doa. Aku pun takut jugak ni”
“*senyum* Takpe, aku bukan nangis sebab aku takut nak amik exam”

“So macam mana tadi?”
“Alhamdulillah. Aku tak penah rasa setenang itu buat exam. Dan takdela teruk sangat pun soalan-soalan dia.”
“Bagus-bagus”

Ya Allah, thank you for yesterday. Thank you for all the yesterdays. Thank You for all the times You were with me when I thought I couldn’t bear the weight of Your tests. and thank You for testing me eventhough You know how hard it was. ‘That’ tarbiyyah has made me stronger, Alhamdulillah.
And thank You for the circle of sahabats that You gave to me every single day to remind me everyday of You. May You guide them each step of the way..

(T_T)

Ease my journey ahead, Ya Allah.
not just my life but also my heart.
for I know, if my heart is healthy I can face whatever that comes along in my life.

Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart.” (Bukhari and Muslim)

2:216 But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.


Peringatan Bagi Pejuang Islam

Peringatan Bagi Pejuang Islam
http://www.iluvislam.com
sting7071
Editor: deynarashid

 Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

 “Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk” (Al-Qashash:56)

 “Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam” (Al-Ankabut:6)

2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

“..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir” (Ali-‘Imran:141)

 “Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu’min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar” (Ali-‘Imran:179)

 “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu” (Muhammad:31)

 “Musa berkata kepada kaumnya:’Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa” (Al-A’Raaf:128)

3. Sesungguhnya da’wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

“Allah berfirman:’Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu’jizat-mu’jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan),” (Asy-Syu’araa’:15)

 4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.

 “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)” (Al-A’raaf:201-202)

Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da’wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.

Erti Hidup Pada Memberi.

Thank you ya Allah for this half year. You really taught me the meaning of love. That the only true love that exists is from You and for You only. Thank you so much for teaching me to pray the best for others and not being selfish. Thank you for making me see that You are the perfect Creator of mankind. That only You control our hearts and noone others don’t. and for whatever reason that you give me this feeling, I’m thankful that everyday I don’t lack any love but has been full of it. The love more than I can imagine I can feel and received. From everyone around me and from You.

Truly, You really are the best planner. and whatever You have planned for me, I welcome them with open arms, knowing that they are the best for me.

”Barangsiapa tidak menyayangi, dia
Tidak akan disayangi.”
Man la yarham, la yurham
. (HR. Muslim).

“Happiest are the people who give most happiness to others.”

“As the purse is emptied, the heart is filled.”

“No one has a right to consume happiness without producing it.”

“The fragrance always stays in the hand that gives the rose.”

Hubbul Wareeq (^_^)

Minggu yang penuh kasih sayang. =)

A picture speaks a thousand words. More than one picture?

A never ending story.

Moga cinta kita akan terus mekar keranaNya insyaAllah. >:D<

Uhibbukunnafillah.

8:63. And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise.

Ya ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMU,
Bersatu memikul beban dakwahMU,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mandaulat dan menyokong syariatMU,
Maka eratkanlah ikatannya YA ALLAH.
Kekalkan kemesraan hati-hati ini,
Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya rabbaniMU yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMU,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang MU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
Ameen.

(^_^)

Teringin sangat nak buat wedding photography. Wahai rakan-rakan, cepat-cepat la kahwin. =D Saya nak cop jadi photographer awal-awal. hehe.

Yang dah terlepas tu kalau nak buat lagi sekali pun boleh jugak. ;p

Thank you for a wonderful week, Ya Rahim.

Selamat Bermujahadah untuk exam!

Mestica & Inteam – Kerana Cinta

Found this in someone’s blog. Comel!