Monthly Archives: January 2009

Realiti Pemuda: Antara Khalifah dan Robot

credits to dakwah.info

6:165. Dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2:30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.

Allah lah yang telah meninggikan darjat manusia yang hina dan lemah ini dengan mengangkat statusnya sebagai khalifah di muka bumi ini, dan sebagai khalifah, Allah telah mengurniakan perlbagai nikmat dan rezeki kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas kekhalifahan itu dengan sempurna dan baik. Dan ingatlah bahawa sesungguhnya segala kurniaan dan rezeki itu tidak lain hanyalah sebagai ujian kepada manusia.

Tugas Khalifah

Jelas dan nyata melalui surah Al-an’am ayat 165 dan surah Al-Baqarah ayat 30, Allah telah melantik manusia sebagai wakilnya dimuka bumi ini. Sebagai wakil Allah, manusia secara automatik telah dikurniakan kelebihan darjat berbanding makhluk-makhluk lain di seluruh alam semesta ini. Namun perlu diingat bahwa setiap tugasan dan pangkat datang dengan satu tanggungjawab, dan tanggungjawab manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar sehingga gunung Everest sekalipun runtuh jika memikulnya. Tanggungjawab ini bukanlah sekadar mengepalai sebuah bilik darjah, atau sebuah pusat pengajian dan bukan juga sebuah negara, namun tugas ini menghendaki manusia menjadi wakil bagi Allah diseluruh alam semesta dan mentadbir segala apa yang diciptakan Allah dalam ruang lingkup dan batas syari’at yang ditetapkan.

Jadi apakah tanggungjawab khalifah itu ? Sering dikecilkan tanggungjawab khalifah itu sebagai menguruskan alam ini, mentadbir dunia, dan mengelakkan kerosakan dari berlaku dimuka bumi ini atau menyelia sumber-sumber asli di muka bumi ini dengan baik. Namun apakah tepat dan akurat segala penaksiran tersebut ? dihuraikan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazzali bahawa tanggungjawab khalifah itu menghendakkan manusia untuk melibatkan diri dalam dua perkara iaitulah “Iqamatuddin wa siasatuddunia” atau maksudnya mendirikan agama dan mengurus dunia.

Jadi setiap manusia yang memahami hakikat tugas khalifah ini perlu sedar bahawa tanggungjawab mendirikan agama itu jatuh ke atas setiap dari mereka yang juga bermakna bahawa da’wah itu adalah tanggungjawab setiap dari kita. Juga boleh ditafsirkan tugas khalifah itu dengan pentadbiran dunia itu perlulah dilakukan oleh umat Islam yang beriman kepada Allah semata. Ternyata umat Islam gagal dalam meletakkan diri mereka sebagai satu kuasa pusat yang mengurus tadbir seluruh alam ini lantas membiarkan ianya didokong oleh kuasa barat dan kafir laknatullah yang ternyata menguruskan alam semesta ini dengan bertuhankan hawa nafsu mereka. Persoalannya bagaimanakah kita boleh kembali mengambil semula jawatan ini dari mereka, tidak lain ianya memerlukan kita untuk melakukan da’wah secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Jadi “Iqamatuddin wa siasatuddunia” hanya terlaksana apabila seorang manusia itu melakukan tugas dakwah.

Robot

Jika sebuah robot itu diciptakan oleh tuannya, tentulah ianya diciptakan atas satu tujuan dan sebab tertentu untuk memenuhi kehendak tuannya. Robot tidak diciptakan atas sebab yang sia-sia, contoh fungsi ianya diciptakan adalah untuk memasang komponen kereta, membasuh pinggan mangkuk, mencuci lantai rumah dan sebagai penghibur kepada tuannya. Untuk memenuhi tujuan penciptaannya, tuan robot itu perlulah membekalkannya dengan kuasa baik dari batteri ataupun solar bagi membolehkannya berfungsi dan melaksanakan tugasnya. Andai robot itu lari dari tugas ia diciptakan atau tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya, tentulah tuannya akan memberhentikan pembekanlan kuasa kepada robot tersebut kerana membekalkan kuasa pada robot yang tidak mampu berfungsi adalah satu pembaziran.

Kemana Rezeki Digunakan

Refleks pada diri manusia, mereka diciptakan Allah bukanlah sekadar untuk berhibur atau bersenang lenang, mereka diciptakan dengan tujuan hidup yang jelas dan mampu untuk dilaksanakannya. Namun, tidaklah Allah yang maha adil dan maha mengasihi itu menciptakan manusia dengan terkontang kanting sehingga ianya sukar untuk melaksanakan tugas penciptaannya. Manusia dibekalkan segala rezeki didunia ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan mudah dan sempurna. Namun benarkah rezeki yang dikurniakan itu digunakan untuk aktiviti ibadah mereka dan memnuhi tugas khalifah mereka ?. Inilah yang dimaksudkan dengan rezeki itu sebagai ujian.

Ayuh kita lihat reality pemuda zaman ini, kemanakah mereka menyalurkan rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka dan adakah mereka melaksanakan tugas khalifah mereka. Kemanakah masa-masa mereka digunakan dan ketempat manakah wang-wang mereka dihabiskan. Jika ditanya tentulah mudah jawabnya, untuk kepuasan nafsu mereka dan supaya mereka up-to-date.

Tidak hairan jika wang yang mereka terima digunakan untuk membeli komputer supaya mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam didepan skrin computer mereka untuk bermain Game, menonton movie, chatting, dan melayari laman-laman web hiburan dan sosial. Berapa banyak masa mereka terbazir didepan computer mereka untuk aktiviti yang tidak menjurus kearah tujuan penciptaan mereka. Sedangkan untuk menghadiri ceramah agama selama 30 minit menjadi sesuatu yang mustahil bagi mereka yang mana sering 30 minit itu adalah terlalu sekejap untuk menghabiskan permainan-permainan game mereka dan hanyalah ¼ dari tempoh keseluruhan satu-satu movie.

Juga kita lihat hari ini, membaca komik, manga dan majalah-majalah hiburan merupakan satu supertrend yang melekat dihati pemuda-pemudi zaman ini. Naruto, Eyeshield, Wira Tunggal, Galaxy dan Mangga merupakan naskah-naskah yang sering kelihatan di tangan-tangan pemuda zaman sekarang dan helaian-helaian inilah yang sering menjadi bacaan mereka. Tanpa disedari, mereka mampu menghabiskan satu majalah atau komik atau satu episode manga dalam masa sehari tetapi cukup berat untuk menghabiskan satu mukasurat Al-Quran atau buku-buku agama dalam masa sehari. Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan pemuda langsung tidak mempunyai naskah Al-Quran mereka sendiri dan jika ada pun dibiarkan berhabuk diatas almari.

Banyak juga wang dihabiskan supaya mereka dapat memliki kenderaan bermotor mereka sendiri baik 4 roda ataupun 2 roda. Ya, supaya mereka mudah dan cepat ke dewan kuliah namun selain dari itu ? supaya mereka mudah ke midvalley dan Time Square, supaya mereka tidak ketinggalah untuk ke pawagam berdekatan mereka untuk menonton wayang gambar terbaru dari Amerika, supaya mudah bertemu pujaan hati intan payung bunga wangi hati mereka a.k.a kekasih mereka, dan agar mereka dapat berjalah-jalan bersama kawan untuk menghiburkan hati mereka. Namun mengapakah masjid-masjid dan surau-surau hari ini kosong ? kuliah-kuliah agama dipenuhi golongan tua yang menunggu saat ajal mereka ? adakah kerana generasi pemuda ini tidak mempunyai satu kenderaan yang memudahkan mereka ke sini ? atau mereka terlalu sibuk dengan urusan belajar sehingga tiada masa untuk ke masjid dan masjlis ilmu ? mengapa begini ?

Tidak sedikit wang dilimpahkan agar mereka dapat memiliki handphone tercanggih, pakaian yang paling trendy dan aksesori-aksesori yang inovatif dan canggih. Namun mengapakah untuk menginfakkan sekadar RM 2 kedalam tabung amal atau tabung masjid menjadi terlalu berat ? mengapa mereka sangat peka dalam memperbaharui handphone mereka, mp3 player mereka dan pakaian mereka namun langsung tidak ambil kisah untuk memperbaharui iman mereka dan menaiktarafkan pengetahuan mereka dalam agama ?

Juga budaya lepak dan hanging-out di kedai mamak atau yang terbaru pacak menjadi satu kebiasaan bagi para pemuda sekarang. Baik sekadar bersua mukan, menonton bola ataupun menghabiskan masa yang tersisa. Sering di sesi seperti ini mereka berbicara hal wanita, bolasepak dan artis-artis. Bercerita mengenai agama, sirah ataupun perkembangan umat Islam tidak pernah keluar dari mulut mereka walau untuk selang masa seketika. Dan terkadang, sesi seperti ini berlanjutan hingga ke pagi namun untuk menghabiskan masa sebegini untuk solat malam adalah terlalu mustahil bagi mereka.

Banyak dikalangan pemuda zaman ini apabila berfikir nescaya keluarlah angan-angan akan siapkah perempuan seterusnya yang akan di”tackle”nya, apakah movie seterusnya yang akan ditontoninya, bagaimanakah untuk mengumpul duit bagi membeli handphone terbaru yang diingininya dan apakah strategi yang perlu dilakukannya untuk memenangi sesuatu game. Ternyata tiada masa untuk mereka berfikir untuk apakah mereka dijadikan, bagaimanakah untuk memperdalamkan pengetahuan Islamnya, dengan cara apakah agama ini boleh bangkit semula dan apakah sumbangan yang boleh diberikannya untuk memajukan umat ini. Hanyut, mereka terlalu hanyut ditelan arus duniawi.

Kitaran bodoh

Masa/hari

Isnin

Selasa

Sabtu

Ahad

6am

Solat Subuh

Tidur

Subuh

Tidur

7am

Qur’an

Qada Subuh

Tidur

Tidur

8am

Breakfast

Breakfast

Tidur

Qada Subuh

9am

Kelas

Kelas

Tidur

Bertolak ke Midvalley

10am

Kelas

Kelas

Tidur

Breakfast bersama Awek

11am

Kelas

Kelas

Tidur

Window Shopping

12pm

Kelas

Kelas

Lunch

Window Shopping

1 pm

Zuhur

Zuhur

Zuhur

Zuhur

2 pm

Lunch

Lunch

Main Game

Lunch bersama awek

3 pm

Tidur

Main Game

Main Game

Movie

4 pm

Tidur

Main Game

Main Game

Movie

5 pm

Asar

Asar

Asar

Karaoke

6 pm

Main Bola

Tidur

Main Bola

Karaoke

7 pm

Maghrib

Maghrib

Maghrib

Maghrib

8 pm

Isya’

Dinner

Isya’

Lunch bersama awek

9 pm

Dinner

TV

Movie/Anime

Lepak-lepak di taman

10pm

Study / Revise

TV

Movie/Anime

Lepak-lepak di taman

11pm

Tengok Anime / Movie

TV

Telefon awek

Supper bersama awek

12am

Tengok Anime / Movie

TV

Friendster / Facebook

Pulang ke rumah

1am

Tidur

Isya’

Tengok Bola

Telefon awek

2am

Tidur

Tidur

Tengok Bola

Baca Manga

3am

Tidur

Tidur

Baca Manga / Magazine

Tidur

4am

Tidur

Tidur

Tidur

Tidur

5am

Tidur

Tidur

Tidur

Tidur

Inilah mungkin trend para pemuda hari ini dalam kehidupan mereka, berulang hari demi hari dan akhirnya menjadi satu kitaran kebiasaan mereka. Tidak hairanlah mereka masjid-masjid sering kosong, mengapa mereka langsung tidak tahu perihal nasib umat terkini, tidak ada kesedaran untuk meningkatkan kefahaman agama dan terlalu naïf untuk melaksanakan tugas dakwah mereka.

Jadi inikah cirri-ciri khalifah yang dikehendaki Allah, dengan gaya hidup berginikah mereka akan memiliki kelayakan untuk menjadi ahli syurga Allah? Sesungguhnya syurga Allah itu bukanlah murah dan mudah untuk diperoleh. Ianya memerlukan kita untuk memenuhi segala tanggungjawab yang telah diletakkan di atas pundak kita selama hayat di dunia, dan dengan trend bergini tertunaikah tanggungjawab mereka? Jika analogi robot dan tuannya tadi disamakan dengan hubungan antara Allah dan hambanya, nescaya sudah Allah cabut segala sumber rezeki yang diberikannya kepada manusia. Namun, ketahuilah bahawa Allah itu maha pengasih dan maha penyayang, ianya memberikan manusia penangguhan di kehidupan dunia dan segala balasan bakal diberikan di akhirat kelak.

Rata-rata sikap pemuda yang beginilah yang menyebabkan Islam belum mampu untuk bangkit dan menerajui pemerintahan dunia, “Iqamatuddin” pun tidak dilaksanakan “siasatuddunia” sudah tentulah jauh panggang dari api. Islam hanyalah sebagai nama yang tertera di kad pengenalan mereka dan sebagai ritual sampingan yang boleh dilakukan mengikut hawa nafsu mereka, tidak ada langsung keterikatan mereka dengan Islam dan kesyumulan Islam langsung tidak mereka fahami. Islam hanyalah diambil dari aspek solat, puasa, zakat, dan haji yang terkadang sering mereka lupa atau abaikan.

Jadi Bagaimana ?

Penyelesaian bagi perkara ini memerlukan para pemuda sekarang ditanamkan semula dengan kefahaman Islam yang tinggi di dalam dada mereka. Juga perlu diputuskan dari mereka pengaruh-pengaruh negative dari mereka bawaan dari unsur-unsur jahiliyyah yang menggila.

Sering kita melarang mereka, mengatakan ini haram itu haram sebaliknya tidak memberikan sebarang solusi kepada mereka, kesannya jiwa mereka kosong dan mereka akan kembali kepada tabiat lama mereka semula. Kebelakangan ini, produk-produk Islamik bolehlah dibanggakan, kian banyak novel-novel Islamik yang boleh dijadikan bahan bacaan, muzik-muzik Islam dari Indonesia juga bolehlah menggantikan musik-musik barat sebagai halwa telinga para remaja, selain itu, penerbitan filem-filem seperti Sang Murabbi, Kiamat Sudah Dekat dan pelbagai lagi seleksi dokumentari bolehlah dijadikan titik tolak untuk menghasilkan lebih banyak karya yang seumpanya. Boleh disimpulkan disini bahwa perkembangan media-media Islam berbanding sepuluh tahun lepas adalah membanggakan, lebih berkualiti dan lebih meluas cuma jika ditingkatkan kuantitinya maka adalah lebih baik.

Menanamkan kefahaman Islam yang syumul secara kaffah merupakan faktor yang sangat-sangat penting. Institusi keluarga yang gagal mendidik dan kurangnya kefahaman Islam dalam hati remaja zaman ini boleh diatasi dengan teknik “Rumah Arqam bin Abi Al-Arqam”. Institusi usrah dan tarbiyyah perlu diperkasakan dan penggerak-penggeraknya perlulah lebih aktif mempromosikan cara ini. Hal ini adalah kerana, dengan method inilah Rasulullah s.a.w dahulunya mendidik para sahabat yang akhirnya mempunyai satu keimanan yang mantap, ketaqwaan yang mendalam dan hamasah yang berapi-api. Tambahan pula menyibukkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti usrah secara automatiknya akan memisahkan mereka dari perkara yang sia-sia; usrah, mukhayyam, mabid, khatibah daurah, tamrin mungkin berkesan dalam menggantikan perkara-perkara lagho yang menghantui mereka selama ini.

Jadi, penggiat atau aktivis dakwah perlulah lebih aktif dan cergas dalam mempromosikan method ini agar kebaikannya dapat tersemat dan menyelamatkan sekian generasi muda yang kian lama kian karam dibuai arus jahiliyyah. Ayuh! Ya Ayyuhal Mudathir, kum fa’anzir!

Advertisements

Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir ttg GAZA

credits to inijalanku.wordpress.com


mayat-kanak2

Kerakusan Yahudi yang dilaknat Allah swt membunuh umat Islam Palestin yang dikepung ketat oleh Israel dan Mesir, serta tiada tindakan ketenteraan yang diambil oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Kerajaan-kerajaan umat Islam telah disaksikan sendiri oleh Umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh. Penyembelihan sudah masuk minggu ke 3. Kini rakyat jelata dan masyarakat boleh menilai sendiri sejauh mana kefahaman dan perangai pemimpin masing-masing terhadap Islam dan umatnya.

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna).

Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir dan Universiti Al-Azhar walau berdepan dengan berbagai halangan, namun ikatan dan sumbangan moral dan material umat Islam Mesir tetap sampai ke Gaza sejak bertahun-tahun lalu. Mesir tetap abang kepada adiknya Gaza walaupun cuba dihalangi oleh mereka yang korup dan tembok di Laluan Rafah di sempadan antara mereka. Berikut adalah kenyataan umum yang ditandatangani oleh 40 orang ulamak besar Al-Azhar dan Mesir mengenai perang yang sedang dilakukan oleh tentera Yahudi ke atas umat Islam di Gaza, Palestin. Semoga ianya menjadi iktibar, kayu ukur, sikap, asas tindakan kita bersama. Kepada Allah jua kita memohon keampunanNya di atas kealpaan kerajaan dan umat Islam di zaman kita ini serta kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak saudara seIslam di Gaza. Ameen.

ibu-4-anak-dibom

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang


KENYATAAN UMUM :

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.

120px-man_see_school_nakbaSesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.


PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci  dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).


bush_israel_thumbnail


KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.


KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak 82px-oldwoman_cry_baby_nakbayang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).


ismail-haneah-01

Ismail Haniyeh dari Gerakan HAMAS, Perdana Menteri Palestin yang memenangi Pilihanraya Umum II pada 25/1/2006. Amerika dan Israel telah melakukan sekatan ketas 1.5 juta penduduk dan membunuh hingga kini 800 orang untuk cuba merubah Kerajaan HAMAS secara paksa untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang tunduk kepada Penjajahan Barat dan Yahudi.


KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki 93px-mother_baby_nakbakelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).


KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.

Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).


Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab msing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).


copy-of-sy-al-birri-us-halim1


Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri (kiri) di depan Universiti Al-Azhar, Kaherah pada bulan Jun 2008 lalu. Beliau memegang jawatan Ra’is Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) yang mengetuai seluruh Ulamak Al-Azhar di Mesir. Mesir banyak mengajar saya erti perjuangan, cinta ilmu, ikhlas dan tawadhuk.

Ditandatangani oleh :

1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri – Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2. Dr. Nasr Farid Wasil

3. Dr Zaghlul An-Najjar

4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5. Dr Muhammad Ammarah

6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7. Dr Safwat Hijazi

8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10. Dr Abdul Halim Uwais

11. Dr Mohd Rakfat Uthman

12. Dr Abdullah Barakat

13. Dr Abdullah Samak

14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17. Dr Solah Sultan

18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19. Dr Mohd As-Soghir

20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21. Dr Ahmad Al-Assal

22. Dr Hazim As-Sarsawy

23. Dr Abdul Rahman Foudah

24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25. Dr Hussein Syihatah

26. Dr Solah Harun

27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28. Dr Jamal Abdul Hadi

29. Dr Hasan Ubaid

30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31. Dr Ahmad Abu Huzaifah

32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33. Dr Umar Abdul Aziz

34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35. Dr Mazin As-Sarsawy

36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary



Diterjemahkan oleh :

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,

Blog INI JALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Palestine Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

credits to saifulislam.com

bush

kredit animasi: Carlos Latuff

khutbahajah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT:

17_4

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa’ 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:

17_5

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa’ 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:

7_179

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A’raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

munkaran

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:

17_6

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa’ 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

17_8

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa’ 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

end_1st_khutbah

Allah’s Answer.

Lots of questions were going through my mind today. And His answer was immediate.

Tafsir fi zilalil Quran

Al Ahzab (Ayat 21-40)

33:22 “Dan ketika orang-orang yang beriman melihat tentera-tentera gabungan, mereka berkata: Inilah apa yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya, dan benarlah Allah dan rasulNya, dan pemandangan itu tidak menambahkan mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri (kepada Allah)”

“Apabila kita melihat kelemahan kita sekali sekala atau kegoncangan dan ketakutan kita sekali sekala atau melihat sekali sekala kecemasan dalam menghadapi kesusahan dan bahaya, maka janganlah kita berputus asa dari diri kita dan janganlah kita terlalu terharu hingga menganggap diri kita sudah habis atau tidak layak buat selama – lamanya untuk  memikul tugas yang besar, tetapi di samping itu janganlah pula kita menyokong kelemahan kita dan menyanjungnya sebagai sifat semulajadi manusia dan janganlah pula kita mempertahankan kelemahan itu dengan alasan ia juga telah dialami oleh orang-orang yang lebih baik dari kita . Yang perlu kepada kita  ialah berpegang teguh dengan tali Allah untuk bangun kembali dari rebah dan memulihkan semula keyakinan dan ketenteraman kita serta menjadikan kemelut yang menggongcangkan hati kita itu sebagai alamat bahawa kita akan mendapat pertolongan dari Allah. Dengan demikian kita kembali menjadi kuat, teguh dan tenang untuk meneruskan perjalanan.

JALINAN 2009

Semua dijemput hadir. =)

Muslim Youth

This was an excellent lecture. May we all benefit insyaAllah.

Extraordinary!

credits to dakwah.info

Impian saya semasa kecil dahulu ialah menjadi seorang yang luar biasa. Saya mahu menjadi seorang yang mempunyai kuasa istimewa. Mungkin bukan seperti ‘Superhero’ yang terbang di angkasa, tetapi seorang yang mempunyai kuasa istimewanya yang tersendiri. Saya mungkin banyak terpengaruh dengan buku-buku yang mengisahkan watak-watak dengan kuasa istimewa.

Paling terkesan ialah cerita Mathilda oleh Roald Dahl. Yang saya impikan ketika itu adalah mempunyai kuasa ‘psychic’ sepertinya. Pernah juga dulu rakan-rakan menggelarkan diri saya ini “GK”, dengan pelbagai maksud yang berbeza dek kerana saya gilakan kuasa yang pelik-pelik.

Bila menginjak usia remaja, saya telah memilih untuk menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ saja. Bukan biasa dengan erti kata tiada kuasa istimewa, tetapi biasa seperti mana rata-rata orang Islam lainnya, atau lebih tepat lagi, biasa dalam erti kata ‘Islamnya’. Kenapa? Kerana ketika itu bagi saya, orang yang membawa imej Islam nampak berbeza dari segi fizikalnya. Mereka seolah-olah manusia pelik.

Kebanyakan mereka bertudung labuh lebih daripada biasa, senyap dan sangat bersopan. Bukan bermaksud saya tidak boleh menerima kewujudan mereka, tapi lebih kepada diri saya sendiri. Saya dapat rasakan bahawa diri ini akan menjadi pelik sekiranya saya menjadi seperti mereka. Ditambah lagi dengan tanggapan bahawa orang seperti mereka ni agak kolot, berfikiran tertutup dan asyik bersama dengan kelompok mereka sahaja. Saya kadang-kadang pelik dengan mereka. Bagaimana mereka nanti akan dapat menempuh dunia yang semakin mencabar dengan keadaan mereka yang sebegitu? Bagaimana mereka mahu bergaul dengan masyarakat dalam keadaan tidak boleh menerima pendapat semasa? Dan pelbagai lagi persoalan lain yang didasari tanggapan bebas diri sendiri.

Oleh kerana itu saya telah memilih untuk menjadi manusia yang biasa saja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat (kononnya!).

Pada hemat saya, cukuplah saya solat, belajar agama, menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupun pada ketika itu apa yang saya ketahui sebenarnya sangatlah terbatas). Saya beranggapan bahawa dengan menjadi antara orang-orang yang di tengah inilah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, “Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!”. (Enjoy=maratahon DVD, main game, hang-out dengan kawan-kawan, berlibur dan berhibur)

Tanpa saya sedari, rupanya sayalah manusia yang telah memilih ‘Jalan Kelabu’; Manusia yang memisahkan antara agama dan kehidupannya yang lain atau erti kata lainnya manusia yang SEKULAR.

Dan tanpa saya sedari juga, saya telah memilih jalan yang salah! ‘Jalan Kelabu’ itu tidak wujud sama sekali. Hidup ini hanya ada dua pilihan. Putih atau Hitam. Haq atau Batil. Benar atau Salah. Baik atau Jahat. Syurga atau Neraka.

Jalan Kelabu yang saya pilih itu hanyalah satu ilusi. Ilusi untuk membawa saya terjerumus ke Jalan Hitam. Bahkan bukan saya saja, tetapi juga orang-orang Islam yang melihat Islam dan kehidupannya seperti ada pemisah.

Ah, lihat saja.

Islam di sini kelihatan gah dengan masjidnya.

Islam di sini kelihatan bila orang ingin membina masjid mereka.

Islam di sini kelihatan dengan ritual ibadahnya saja.

Bagaimana pula dengan lainnya? Dan saya bakal ketawa geli hati bila mana orang memanggil ini negara Islam sedangkan seumur hidup saya tidak melihat islamnya.

Pergilah ke mana-mana kompleks membeli-belah terkemuka. Saya kadang-kadang terasa pelik. Seolah-olah saya berasa di bumi yang sungguh asing. Iklan yang terpampang langsung tidak menunjukkan pendirian negara ini; Oh, ya negara islam contoh. Sedang kebanyakan manusia yang menjadi isinya memilih untuk menjadi manusia yang biasa-biasa sahaja. Biasa dan sederhana dalam pengertian mereka sebagai seorang Islam. Oh, kalau dulu mungkin dilihat manusia yang biasa ialah mereka yang mematuhi semua rukun islam dan tidak nampak extreme dengan pakaian mereka.
Tapi itu definisi biasa pada manusia yang biasa pada masa zaman saya. Definisi yang dicipta oleh manusia akan berubah mengikut selera mereka. Kini, orang Islam dalam kategori biasa mungkin seperti ini pula:

-Solat. Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.

-Berpacaran. Berpegangan adalah biasa, jika tidak itu alim.

-Bertudung. Dengan erti kata rambut atau sebahagian rambut itu tertutup. Tapi ya, hanya rambut, bahagian lain tidak termasuk syarat utama.

– dan senarai ini berterusan mengikut kehendak sendiri….

Kalau inilah definisi manusia yang ‘biasa-biasa sahaja’ pada masa sekarang, bagaimana pula nanti akan datang? Apa lagi ‘biasa-biasa sahaja’ yang akan mereka terjemahkan lagi? Akan makin kurang syaratnya?
Saya bukan mahu tujukan ini kepada sesiapa. Bukan juga mahu bersikap pesimis. Juga bukanlah kerana saya ingin berkata yang saya ini lebih bagus dan mereka tidak.
Adalah penting untuk kita jelaskan bahawa tidak wujud sama sekali definisi Islam dengan cara kita sendiri: Islam yang sekerat-sekerat dengan mengambil apa yang disukai sahaja. Masih ramai orang Islam hari ini yang mengambil cara mudah dengan memilih untuk berada di jalan tengah yang sememangnya tidak wujud sama sekali. Betapa ramainya lagi orang Islam dalam masyarakat kita yang masih kabur dengan memilih untuk menjadi orang Islam yang biasa-biasa ini? Mereka ingin menjadi orang biasa yang ingin mengambil Islam secara sederhana. Orang-orang yang mungkin juga berubah-ubah definisi mereka terhadap definisi ‘sederhana’ itu sendiri. Apakah maksudnya sederhana itu dengan memakai tudung sekerat cuma? Atau sememangnya definisi sederhana itu kepada mereka ialah dengan tidak mencampur adukkan urusan agama dengan kehidupan lainnya?

Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka. Mungkin dengan memilih untuk menjadi orang yang biasa-biasa itu akan kelihatan lebih mesra dan mudah didekati oleh semua golongan. Boleh jadi juga manusia yang biasa-biasa ini ialah diri ini yang mungkin masih terlekat lagi jahiliyahnya kerana tidak mahu dilihat aneh oleh orang biasa-biasa yang lainnya.

Jika begitu, perlu saya mengingatkan diri ini bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah semata-mata. Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar?

Sekarang, saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi. Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar, jalan yang Haq, Jalan yang Putih, Jalan yang ke Syurga pastinya. Saya mahu berada di jalan Al-Haq, bukan lagi al-Hawa’. Saya tidak mahu lagi pilih jalan kelabu yang keliru itu. Saya harap kamu juga tidak begitu. Jadi kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa kamu di syurga, mahukah kamu?

Oh ya, jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling kamu..saya pasti mereka juga mahu ke sana. Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya.

Saya teringin untuk mendengar Tuhan memanggil kita semua kelak apabila sampai di sana…

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU”

(89: 27-30)

Mari!

Tulisan hati:

Bukan Orang Biasa

~Hamra’ Al-Asad~