Monthly Archives: August 2009

Hari ini.

Hari ketiga di universiti Ramadhan. Subhanallah, cepat sungguh masa berlalu. Semoga setiap amalan yang dilakukan diterima dan diredhaiNya.

Hari ni tiada kelas, tapi setiap perkara yang dibuat sepanjang hari ni semacam tak kena. Mungkin kerana kuantiti kerja yang bertimpa-timpa yang perlu diselesaikan. Mungkin kelemahan diri yang tidak pandai mengurus masa. Mungkin juga niat yang awal-awal lagi sudah tersasar kenapa melakukannya.

Rasa macam tidak mampu.
Teringin untuk menekan butang ‘pause’ pada remote control kehidupan.

Tatkala membaca Al-Quran selepas Maghrib tadi, bertemu dengan ayat ini.

2:286 Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Allahurabbi. Ayat yang dibaca tiap-tiap hari, tapi tak dihadam maksudnya.

Alhamdulillah, ar Rahman masih menyayangi. Mengingatkan kembali yang diri mampu menghadapi segalanya. Memujuk diri yang sentiasa terasa kerdil dan lemah dengan mengatakan yang Dia sesekali tidak pernah membebankan manusia melainkan apa yang manusia itu sendiri mampu lakukan.

Terima kasih Allah akan nikmatMu yang tidak putus-putus.

Sampaikan aku ke malam istimewaMu, ya Allah.