Monthly Archives: October 2009

The Art of Complaining.

I can’t study. Momentary block. So, I watch the rerun of Ummah Films. Hehe. It’s funny and so true. ^_^

I’m reminding myself before anyone else. 😉

Advertisements

Tersusun Urusannya.

Peringatan buat diri sendiri. Memang rasa tertampar bila baca. Redefining my ‘tersusun urusannya‘.

Jazakallah khayr.

Munazzam

Dalam 10 muwasofat fardh muslim, salah satunya adalah munazzaman fi syu’unih. Ertinya lebih kurang tersusun urusannya. Satu aspek yang amat penting dan begitu mencabar dalam memenuhinya. Sebagai individu muslim yang cemerlang, menjadi seorang yang munazzam adalah satu keperluan, kerana jika tidak, kita akan tergolong dalam kumpulan – “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”. Kerana pada sela kita tidak dalam melaksanakan perancangan urusan kita yang bermanfaat, kita dalam kerugian. Bagaimana kita tidak akan menjadi rugi itu anda kajisendiri  dalam ayat seterusnya dari surah al-Asr itu.

10 Muwasafat Tarbiyyah bagi fardh muslim

10 Muwasafat Tarbiyyah bagi fardh muslim

Dalam menanggapi ‘munazzam’, kebanyakan fardh muslim akan mengambil maksudnya yang begitu simplistik. Dan tidak ramai akan mengambil maksud tersiratnya yang begitu sukar difahami dan dilaksanakan.

Simplistiknya, munazzam akan orang fahami sebagai kehidupan yang tersusun dan terancang. Berjadual lengkap, terancang apa yang hendak dibuat dalam seminggu, hatta sebulan sekalipun. Bahkan ada yang tahu sehingga jam berapa ke jam berapa. Ada juga perancangan 5 ke 10 tahun yang akan datang mencakup karier, bilangan anak, jumlah isteri, lokasi mastautin dan sebagainya. Pandangan simplistik ini begitu … simplistik.

Dan bahaya yang ia bawa adalah ia merapuhkan. Ia nampak begitu tegar dan kemas. Namun ia rapuh. Di dalamnya tiada keanjalan. In engineering terms – stiff, hard, not ductile, brittle = martensitic. Ia sesuai untuk beberapa situasi dan kondisi, tetapi amat berbahaya di waktu yang pelbagai mendatang. Ini jika munazzam yang dipegang adalah sebegini:

“Tersusun kehidupan. Saya punya jadual waktu yang tersusun. Saya melatih diri saya hidup dengan perancangan supaya saya maksimumkan waktu-waktu saya. Dengan menjadi tersusun begini, saya dapat memastikan aktiviti saya kemas, pelaksanaan saya cemerlang dan kecacatan dapat saya kurangkan kerana saya telah merancang dari awal.

Dengan ketersusunan saya ini, saya lebih suka jika apa-apa tugasan yang mendatang diberi tahu awal. Ini kerana, jika terlalu lambat, saya sukar untuk merancang yang terbaik. Jika lebih awal, maka saya dapat pastikan segalanya berjalan lancar, serta hasilnya lebih mudah dijangka.

Jika segera dapat disusun, maka begitu mudah akan dapat saya pastikan urusan saya terlaksana dan mencapai objektif. Bagi saya, ini amat penting bagi dunia pendakwah, untuk urusan disusun sedari awal dan maklumat tersampai secepat mungkin agar hasilnya munasabah.”

Apa yang ia rapuhkan adalah kemampuan memikul supernatural burdens yang amat diperlukan oleh penda’wah. Juga merapuhkan kekuatan emosi dan perasaan. Jika sesuatu datang di luar jangkaan, sifat ketersusunannya tidak akan terganggu, tapi emosi dan perasaanya akan diretakkan dahulu. Bahayanya besar di akhir jalan.

Adapun pandangan yang tidak simplistik, tetapi melihat kepada maksud tersirat dan kekuatan yang ada pada unsur munazaam itu, kondisinya berbeza. Secara mudah, anda dapat menemui orang seperti ini pada kriterianya yang tidak berjadual dan seolah tidak ada urusan, tetapi da’wahnya berjalan, pelajarannya terurus, kerjayanya stabil, emosi nya kukuh, perasaannya tenang, amal fardhinya konsisten. Tetapi dia tidak punya diari, mahupun desktop calendar yang berwarna-warni. Dan dia jarang sekali melatah dan menolak tanggungjawab atau taklifan untuk dilaksanakan.

Kerana dia munazzam. Munazzam pada hakikatnya. Terjawab rahsia ketersusunannya pada kemampuan dan kredibilitinya dalam melaksanakan taklifan. Baik da’wah mahupun pelajaran atau kerjaya.

Fardh muslim sebegini adalah fardh muslim yang kukuh, anjal dan punya banyak kegunaan. Ia umpama superalloy. Rahsianya begini,

“Tersusun urusannya. Saya menyusun kerja saya pada tempatnya. Saya utamakan apa yang utama, saya kemudiankan apa yang kemudian. Saya tidak punya jadual, tapi saya iltizam pada waktu dan kelapangan, agar dimanfaatkan. Saya rutinkan perkara yang perlu dirutinkan, seperti tilawah, ulangkaji, bacaan yang menambah ilmu, hafazan dan seumpamanya. Rutin bukan pada waktu dan masa, tetapi pada terlaksana atau tidak terlaksana sehari-harian.

Jika ada aral melintang, maka saya sediakan ruang dan saya gagahkan untuk berkorban. Jika ada taklifan yang mendatang, maka saya korbankan waktu santai dan bersahaja, atau saya kemudiankan urusan yang lebih sepele dari amanah taklifan itu. Jika ia tiba lewat, maka saya tidak bersalah jika ia tidak sempurna, selagimana saya laksanakan pada kemampuan terhebat saya.

Saya akui, saya tidak hidup sendirian. Orang lain dengan urusannya, dan saya dengan perihal saya. Orang lain mungkin ada aral melintangnya, dan saya juga perlu bersedia dengan aral melintang saya. Yang utama, adalah dengan iltizam pada kebaikan dan kekalkan himmah yang tinggi.”

Dengan itu, ia akan mampu terus beramal. Keadaan dan kondisi luaran tidak mengganggunya, kerana ia anjal pada kemampuannya.

Juga dalam melihat kesinambungan setiap 10 muwasafat tersebut, ada juga mujahadah melawan nafsu, bermanfaat kepada orang lain, sangat menjaga masa, akhlak yang mantap dan luas ilmu pengetahuan menuntut agar kecenderungan munazzam pada hakikatnya yang sebenar, bukan hanya pada lafaz luarnya sahaja.

Jika semuanya perlu dijadualkan, sukar untuk kita belajar bermujahadah dalam erti jihad, bermanfaat dalam erti holistik, akhlak yang mantap dalam erti realiti, bijaksana dalam erti keperibadiannya dan menjaga masanya dalam erti keikhlasannya. Kerana ia terpaksa mengharungi penyusunan demi penyusunan dek jadual yang terlalu kemas. At least to the certain extreme.

Jika diusul satu taklifan kepada anda, yang perlu terlaksana dalam 3 hari, apakah pilihan jawapan anda daripada senarai di bawah?

  • Mengapa lambat sangat diberitahu? Saya sudah ada perancangan yang dibuat seminggu yang lalu. Awak perlu cari orang lain.
  • InsyaAllah, saya cuba sedaya mampu.
  • Mengapa lambat sangat diberitahu? Kalau tak elok, jangan salahkan saya, sebab awak yang bagi lambat.
  • InsyaAllah, tapi kalau tak sempurna, saya minta maaf awal-awal, sebab ini dah terlalu lewat.

Dan bagi setiap jawapan yang anda pilih, ada darjatnya masing-masing di mata mu’min.

Persoalannya, munazzam mana pilihan anda?

The world is too big to fit in your life,

but your life is just perfect to fit in this world.



Peristiwa 11 Oktober.

Alhamdulillah,
seminggu lepas genap 22 tahun saya hidup di bumi Allah ini. Moga Allah memberkati usia yang makin meningkat.

Rasanya, boleh dikatakan setiap orang yang berada di dalam tarbiyyah akan berkata perkara yang sama –  3 tahun berada di sini lebih bermakna dari kehidupan 19 tahun yang sebelumnya. Subhanallah, saya bersyukur yang amat atas nikmat Islam yang tidak ternilai. Mengenali Islam dengan sedalam-dalamnya bersama tuntutan-tuntutan yang diperlukan. Belajar mengenai matlamat tertinggi yang jauh lebih mulia jika dibandingkan dengan matlamat dunia. Setiap kali diajarkan dan belajar perkara baru, terasa diri sangat cetek ilmu, padahal diri telah bergelar Muslim selama 19 tahun yang lepas. Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah yang tidak putus-putus.

Tanggungjawab kini dah bertambah. Kalau dulu, semasa tiba di OZ, tanggungjawab yang dapat difikirkan hanyalah sebagai anak dan pelajar. Hari ini, setelah difahamkan erti kehidupan sebenar, tanggungjawab sudah berlipat ganda – Hamba, anak, kakak, housemate, akhawat, sahabat, pelajar, mutarabbi, murabbi dan Muslim. Allahuakbar. Berat tu. InsyaAllah saya akan berusaha sehabis baik untuk menunaikan tangungjawab. Maafkan saya atas kekurangan along the way, saya sedang belajar memperbaiki diri.

Tapi satu perkara yang membuatkan saya sedar yang saya kini lebih matang (harapnyalah) ialah peristiwa hari jadi.  Teringat saya  masa tahun pertama disini, saya sangat mengharap ‘hari jadi’ saya disambut. kononnya kalau tak igt birthday, tak sayang saya lah maknanya. orang yang saya harap untuk igt tahun tu, tak tahu pun yang hari itu hari jadi saya. sedih sangat. terus saya merajuk dan tak cakap sampailah beliau bg hadiah. Itupun masih rasa sedih yang amat. materialistik kan? takpa, saya pun sedar. cetek sungguh ilmu, menilai hanya terlepas pandang sehari berbanding kebaikan hari-hari yang lain. Maaf. Diri masa tu tak faham dan tak matang.

Masuk tahun kedua. Seronok. Mungkin sebab tahun tu dapat byk sangat benda. Bantal-bantal yang memenuhi katil. sambutan dengan makanan felfella dan kek beramai-ramai di rumah. Oh, terasa sangat ukhuwah itu. Syukur pada Allah ada orang ingat dan menyambut. Saya masih disayangi.

Tahun ini berbeza. saya tak tahu kenapa. Malam hari jadi saya dah tidur awal-awal. Nekad supaya jangan ada langsung perkataan birthday. Saya tak nak. Tak ingat pun takpe. Kalau ingat cukuplah sekadar doa kalau didoakan. Kalau tak didoakan, saya doakan untuk kamu, sebab nanti malaikat akan doakan apa yang saya doakan untuk saya jugak. Birthday tahun ni tak semeriah tahun lepas, dimana tahun lepas bilik saya didecorate penuh dengan belon-belon, ucapan hari jadi dan kad yang banyak. Saya malu yang saya perlu di’celebrate’ macam tu. Maaf sangat menyusahkan semua orang.

Walaupun tidak semeriah tahun lepas, rasanya tahun ini adalah hari jadi yang paling bermakna. Bezanya bukan pada sambutan sahabat-sahabat pada saya, tapi yang membezakan itu pada hati saya sendiri. Hari dimana saya tidak lagi mahu apa-apa pada hari ulang tahun. Hari di mana doa saya supaya tidak ada sambutan besar dimakbulkan. syukur. Hari dimana apabila saya bangun dari tidur saya benar-benar bersyukur dengan nikmat usia, iman dan Islam. Hati saya tenang tanpa mengharapkan apa-apa dimana kalau dulu, sambutan yang sebegini bakal buat saya rasa tak disayangi atau dihargai.

Subhanallah, Dialah sebaik-baik perancang. Tahun ni saya di’gembira’kan juga walaupun ikhlas tidak mengharap.  Terima kasih pada yang ingat. Yang membuatkan saya tersenyum bahagia tahun ni adalah doa-doa yang dikirim. Macam-macam. Saya ameenkan kesemuanya untuk semua orang. 🙂

Satu konklusi yang dapat saya buat selepas peritiwa sebelas sepuluh tahun ini: Mengajak orang kepada Allah itu, balasannya datang sendiri. Tapi sebaik-baik balasan adalah di akhirat kelak, insyaAllah. ntah kenapa conclusion macam ni. Mungkin sebab saya rasa ucapan ‘saya sayang awak kerana Allah’ itu tidak pernah terasa sangat membahagiakan.
Kad yang baru saya terima mengucapkan terima kasih menjadi umminya. Satu yang saya ingin beritahu pada kamu: Segala perkara baik-baik yang kamu terima bukan dari saya tapi dari Allah dan dari kesungguhan diri kamu sendiri dalam mencari ilmu Allah. Saya hanya menyampaikan apa yang pernah disampaikan pada saya dahulu. Semoga Allah permudahkan pencarian kamu dan semoga kamu mendapat apa yang saya dapat ataupun yang lebih baik. Doa saya agar tarbiyyah kamu, saya dan semua orang akan berterusan sehingga kita berjumpa dengan Allah kelak. Semoga kita semua menerima buku amalan dengan tangan kanan, insyaAllah.

Sungguh, ketenangan yang diberi Allah itu sangatlah jauh bestnya dari keseronokan yang diwar-warkan di dunia sekarang.

Terima kasih semua atas sebelas sepuluh tahun ni. Hanya Allah yang mampu membalas. Doa saya supaya Allah memberikan yang terbaik buat semua. Ameen.

Ucapan birthday yang membuat saya tersentak:

Semoga keimanan mengiringi perjuangan.

Ameen. Terima kasih sangat pada yang sudi mengingatkan. May we all insyaAllah.

Alia Mazalan.

As I fall asleep…

I pray that tomorrow will be a better day, this ‘green’ will go away and I will be better day after day. Ameen
(-_-)

dan Kempen bermastautin di Barr Smith pun bermula. Bismillah.

“Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya). Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar” (69:51-52)

P/s: Selamat pulang kepada K.Long aka anak ke-4 En. Mustfar ke Malaysia esok. Seronok dapat ahli baru untuk 5 hari. ^_^

Nikmat Hari Ini.

Brompton, 9.30am – 10 October 2009

Bangkitlah… Bangkit Wahai Saudariku!

Bangkitlah wahai saudariku!
Bangkitlah mangubati jiwa yang lara. Usahalah sebaiknya untuk mencipta kemajuan dirimu. Tinggalkan segala gundah dan lara itu sebagai rencah kehidupan yang terpaksa kau jalani. Lupakan apa sahaja yang menyesakkan dadamu dan kembalilah pada agamamu. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir – Inilah petua yang diberikan Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Berdoa – Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan. Perbanyakan membaca Al-Quran, solatlah menghadap Tuhanmu dengan penuh ketenangan dan sentiasa bermuhasabah. Luahkan perasaanmu pada Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Senyumlah – apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Aduhai banyaknya dosa-dosaku..

Saudariku, andai kau bersedih kerana dosa-dosamu, ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat. Jadikan semua itu sebagai jambatan untukmu menjadi lebih baik dari sebelumnya, bukan semakin lemah! Marilah, hulurkan tanganmu bersamaku untuk kita mengejar cinta Rabb. Sungguh! Saya tak mahu anda keseorangan menyesali dosa-dosamu dan mencari jalan menuju cahaya sendirian kerana saya bimbang, anda tak kuat. Kerana perubahan itu perlukan bimbingan dan dorongan.

Jika kesedihan bertandang, prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai. Sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampunan untukmu dan syurga telah menantimu. Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda. Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat segala keinginannya. Ingat saudariku, jangan letakkan dunia di hatimu tetapi letakkanlah ia ditanganmu supaya mudah engkau mengawalnya.

Renungkanlah..

Renungkan wahai saudariku, adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih? Berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan. Yakinlah, anda sebenarnya cukup hebat. Hebat jika meninggalkan kesedihan itu dan menggantikannya dengan semangat pengislahan diri yang jitu dan mantap. Jika dulu anda dizalimi, siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda. Ketahuilah, setiap perbuatan akan ada balasannya dari RabbMu, justeru mengapa kita yang ingin menghukum? Serahkan semuanya kepada Dia untuk membalasnya. Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.

Untuk akhirnya, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut. Tetapi jika anda memusuhi Allah, maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap. Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbading jambangan bunga.
Ingatlah, bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik ditanam, tidak terus berputik. Tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih dahulu.

Dipetik dari ‘Menjadi Wanita Paling Bahagia

Dibacakan oleh NIO. =)

Terima kasih ya Allah untuk nikmat-nikmatMu hari ini, yang sebelum-sebelumnya dan yang akan datang.