Monthly Archives: March 2010

Pesan Terakhir.

” Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan ” [As Saff 2-3]

Ini ayat yang kami tadabbur sama-sama hari terakhir, sambil berbincang tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang da’i. Hurm, mungkin saya belum cukup pengasih … ataupun sabar! Baru je nak menang dengan battle diri sendiri hari tu. Hari ni dah kalah dengan ujian nafsu marah. Saya nak terbang tinggi! Tapi siapa kata mujahadah senang kan?

Ish, keluarlah rasa benci ni. Sakitkan hati saya je. Istighfar banyak-banyak, Alia.

Belajar Berorganisasi

Assalamualaikum wbt,

Lama dah tak menulis. Moga Allah beri kekuatan untuk menulis entry yang satu ni. Entah kenapa pilih untuk tulis tajuk ni. Tapi nak tulis juga sebab tahun lepas banyak yang saya belajar tentang perkara ni. Alhamdulillah, murabbi tak pernah putus asa bagi semangat dan nasihat tatkala diri macam dah terjelepuk memikirkan kerja-kerja organisasi.

Tapi nasihat yang semacam penampar aka wake-up call untuk diri sendiri adalah pada bulan lepas.  Tatkala proses “menukar-nukar” biro boleh dilakukan. Jadi, saya pun pergilah menyatakan hasrat untuk ‘bertukar arah’ kepada ketua dan menceritakan mengapa. Rupanya biro ada polisi “Sudah masuk, tak boleh keluar”. hehe. Terbaik!

But anyway, ni mesej yang saya dapat:

” Don’t take things personally.”

Nampak mudah dan senang. Tapi kadang-kadang sukar bagi orang yang sangat sensitif (sayalah tu). Lepas tu berlakulah agenda “pembasuhan” menggunakan Clorox. (^_^)  (Saya dah bersih, alhamdulillah!)

The thing is, saya akan sangat stress kalau benda yang saya buat tidak mencapai piawaian standard yang tinggi. Dan dengan standard yang sangat tinggi tu, usually saya akan bekerja doubly hard to make it perfect. Tapi saya akan lagi stress  kalau benda yang saya buat tu tiba-tiba tidak mencapai standard perfect orang lain dan ditegur untuk buat semula atau lain-lain.

Teguran pertama selalunya saya akan ubah serta merta dan ikut. Tapi saya akan mula rasa down bila ditegur beberapa kali, lepas satu, satu (dalam hal yang berlainan. iA I don’t make the same mistake twice). Saat ni saya dah tak reply apa-apa. Bak kata orang kampung, buat donno. Tapi dalam hati tengah sedih sebenarnya dan akan berkali-kali remind diri untuk tajdid niat. Masa ni mulalah negative thoughts yang keluar, “Oh, saya tak cukup bagus” atau “Memang diorang tak suka saya kot”. Ya, saya memang ada masalah inferiority complex. Jadi, bila saya beritahu reason saya untuk tukar biro, ini nasihat yang saya dapat:

“Biasalah tu berorganisasi, semua orang kena tegur dan ditegur. Itu untuk yang terbaik. Kalau awak take things personally, semua benda pun tak jalan. Kalau awak tukar biro pun, awak akan kena tegur juga. Habis tu nak buat apa, duduk dalam bilik je? “

Lepas tu saya pun rasionalise. Tapi biasalah, dalam hati meronta-ronta juga mempertahankan stand diri. Hati kecil berkata, “mungkin ada orang yang lebih baik untuk jalankan tugas ni” atau “saya tak buat apa-apa pun, diorg boleh handle je semua, iA”.

Tapi bila fikir balik, ada betul juga nasihat tadi ( bukan ada betul, memang betul pun! ). Bila fikir balik, terasa hati dengan teguran-teguran macam ni lah yang menjadi penghalang diri untuk terus naik atau berkembang. Bak kata murabbi, ikatan-ikatan di bumi yang menghalang kita dari terbang tinggi. Mungkin biasa dengan cara common memikirkan teguran dari sudut yang negatif atau fitrah semulajadi manusia yang sentiasa inginkan pujian, terlupa di sebalik teguran itu adalah kasih sayang yang tiada tanding untuk menarik diri bersama-sama baik-memperbaiki dalam saf yang tersusun. Macam mana nak capai tujuan yang sangat besar kalau benda-benda kecil pun nak terasa? Maaflah, saya tak pernah bekerja di dalam organisasi sebelum ni.

Jadi, saya pun bersih setelah dibasuh hari tu. (^_^)

Kenapa saya tiba-tiba tulis pasal benda ni? Oh, sebab tadi saya rasa macam invisible. Jadi ini reminder untuk diri sendiri (juga mereka yang dapat mengambil manfaat).

Don’t take it personally!

Mari berorganisasi! Do your best and let Allah judge the rest!

(^_^)

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bengunan yang terusun kukuh. [ As-Saff: 4 ]

Wassalam.