Monthly Archives: August 2010

Antara Dua Kekuatan

Ramai yang menyangka Timur memerlukan kekuatan benda seperti harta, kelengkapan, senjata dan semangat untuk bangkit semula dan menyaingi bangsa-bangsa lain yang telah merampas hak mereka. Benar, apa yang dikatakan itu betul dan penting. Namun ada perkara yang lebih penting dan lebih perlu dilaksanakan iaitu kekuatan jiwa seperti akhlak yang mulia, jiwa yang murni, meyakini dan mengetahui hak-hak mereka, kemahuan yang teguh, sedia berkorban dalam melaksanakan kewajipan dan kesetiaan yang berlandaskan kepada keyakinan dan perpaduan. Dengan kedua-dua unsur inilah datangnya kekuatan.

Jika Timur meyakini hak mereka, jika mereka mempunyai harga diri, memelihara kekuatan rohani, menjaga akhlak yang murni nescaya segala kekuatan benda akan datang dari semua arah. Lembaran sejarah telah membuktikannya.

[Halatuju Dakwah Kita, ISHAB]

Ntah kemana pergi jati diri anak2 Malaysia sampai macam ni jadinya. Saya sangat takut untuk kembali ke tanah air sendiri. Perasaan bercampur baur antara hairan, geram dan marah. Tapi siapa lagi harapan negara untuk mengubah paradigma masyarakat kalau bukan saya, kan?

Sedarlah wahai pemuda/i Islam; Tiada apa yang istimewa pada budaya Barat yang kamu agung-agungkan itu melainkan dibawah ini hasilnya!

Jalan penyelesaian sudah pun berada pada kamu sejak kamu lahir. Telah pun dibuktikan generasi terdahulu oleh idola utama kamu Muhammad SAW. Hidupkan Islam dalam diri. Sedarlah tanggungjawab kamu.

Kalau tidak, tiada bezanya kamu dengan masyarakat Arab Jahiliyah dahulu; yang sama bunuh anak perempuan, minum khamar dan mengexploitasi wanita.

Nah! Zaman mana yang lebih teruk skrg mengikut penilaian kamu? Kamu atau masyarakat Arab jahiliyah dulu?

Advertisements