Monthly Archives: November 2010

Ideal vs Realiti: Satu Perkongsian

Alhamdulillah, sudah hampir dua bulan saya berada di Malaysia.
Dalam kerinduan yang teramat sangat pada bumi bercahaya Adelaide, hari demi hari, semakin banyak realiti Malaysia yang saya cerna dan hadam betul-betul. Ada yang best, ada yang kena mujahadah dan ada yang tak berapa nak best.

Satu benda yang sangat lain dari Adelaide yang saya notice masa tiba di airport ialah cuaca. mak aih, panas! Tambahan saya balik masa Adelaide tengah sejuk. (Macam lama sangat je tinggal di OZ, padahal 3 tahun je). Setiap kali saya balik rumah, ayah saya akan anticipate untuk bil elektrik rumah naik sebab dia tahu saya akan pasang aircond berjam-jam sebab tak tahan panas. Kalau 3 tahun lepas, dia tahu saya balik bercuti ke Malaysia, lepas tu akan balik ke Adelaide semula. Kali ni dia mesti akan pening sebab bil elektrik akan stagnant je, sebab saya dah tak balik Adelaide dah. =D =D Kena dapat kerja cepat ni!

Abaikan tulisan diatas. Saya sebenarnya nak kongsikan ngan sahabat-sahabat yang masih di Adelaide tentang pengalaman 2 bulan D & T di Malaysia. Siapa tak tahu apa itu D & T mungkin tak kan faham pun apa yang saya bakal tulis. 🙂 Jadi, perkongsian ini saya tujukan khas buat mereka yang faham apa itu D & T.

IDEAL

Saya berkenalan dengan D & T di Adelaide, Australia. Jadi tempat ni ada tempat yang istimewa di hati; sebab tu kot selalu rindu. Tapi, D & T tu bukan untuk kita rindu-rindu dan mimpi-mimpi, tapi ianya tanggungjawab dan amanah yang perlu dilunaskan.

Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam” 6:62

Di luar negara, suasana D & T sangat condusive. Terutamanya bagi mereka yang baru nak mengubah diri 360 darjah dalam T dan bertatih dalam D. Manakan tidak, sahabat-sahabat yang sama-sama terketuk, semuanya dalam satu gerabak; bersemangat ingin berubah. Jadi, mereka sentiasa di sekeliling dalam memberi semangat, motivasi, teguran dan beramal bersama. Mereka jugalah keluarga sebab ahli keluarga yang sebenar duduk jauh beribu batu. Makan berdulang bersama, cuak bersama sebab belum prepare sebelum usrah, berFacebook walaupun satu bilik dan bermusafir seminggu di dalam MPV dalam kesejukan tahap maksima. Mustahil kalau seseorang individu yang telah melalui aktiviti-aktiviti tersebut kata dia tak rasa nikmat ukhuwah. Lagi-lagi bila sudah mula ditarbiyyah dengan “ukhuwah fillah, bonded by aqidah”.

Kalau sudah terketuk, mesti ada pengetuknya bukan? “Pengetuk” yang selalu berada di dalam proximiti yang dekat juga adalah satu faktor yang contribute kepada suasana D & T yang kondusif. 🙂 Dalam hati, “Wah, hebatnya kakak ni! Nak jadi macam dialah. Dah la baik hati, tengah buat pHd pulak tu (tiada kena mengena antara hidup dan mati. hehe) , selalu senyum, D & T mantap. Ok2, kena mujahadah lagi!” Mereka tempat kita mengadu sebab berjumpa setiap minggu untuk halaqah dan usrah. Dah jadi macam mak dan ayah pula. Sabar menuntun dalam memahamkan erti perjuangan, tak minta apa-apa imbalan pulak tu (dihidangkan dengan makanan yang sedap lagi, adalah!) Sehinggakan ada yang siap ambil password Fb masa exam untuk make sure anak-anak buah study betul-betul (terbaik lah ni! saya baru tahu. sangat sweet!). Pergi rumah diorg confirm ada makanan, contoh macam Baitul A*r**. hehe. Bestnya ditarbiyyah macam ni!

Jadual pelajar yang flexible juga boleh buatkan individu yang berada di luar negara berlari sangat laju dalam D & T (kalau pandai susun jadual lah. Budak akaun lagilah! ). Boleh dikatakan setiap minggu ada program. Setiap minggu pasti terisi, alhamdulillah. Di luar negara, kita tiada komitmen untuk pergi ke kenduri kahwin sepupu atau jiran yang selalunya akan memenuhi hari Sabtu dan Ahad. Kalau ada kenduri kahwin pun, mesti dari kalangan sahabat juga dan setiap rumah akan terlibat rewang bersama. Tempat tu jugalah kampung; Kampung Adelaide. 🙂

Ditambah lagi dengan masyarakat sekeliling yang mengamalkan nilai ethics yang tinggi membuatkan semua yang berada dalam D & T kagum. “Alamak, macam mana ni? Mereka yang tidak pernah faham akhlak boleh senyum selalu, baca buku atas bas, memandu dengan berhemah dan menjaga alam sekitar lagi baik dari kita?” Maka, berlumba-lumba lah semua org untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri. Kalau mereka baca novel atas bus, kita baca buku fikrah dan Al Quran. Alahmdulillah! Terlaksanalah sedikit demi sedikit perubahan diri. Yang suka merempit bawa kereta pun kena tone down (saya tak terasa. :p).

Kalau faham T, tentunya akan faham isu Palestin. Boikot wajib! Lebih mudah kalau ada tiba-tiba yang menegur, “eh, barang tu cik yah lah (Cik Yahudi)!” “ha, ye ke? ok2, tak beli dah lepas ni.” Syadid!

Tapi dalam D & T, bukan manis je semua. Pasti ada breaking point. Sebenarnya, lebih banyak susah dari senang. Kan kan? Susah mujahadah melawan nafsu. Susah lawan jahiliyah. Susah nak penuhkan borang mutabaah amal. Susah untuk hafal surah. Susah untuk pergi program. Susah beramal dengan ilmu. Susah nak berlapang dada dengan sahabat. Tapi semuaya dilakukan dengan mujahadah. Tambahan lagi bila sudah tadabbur ayat Allah yang berbunyi:

Apakah manusia mengira bahawa meraka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? 29:2

Lalu, satu demi satu ujian ditepis. Ujian akademik, ujian ukhuwah, ujian scholarship, ujian hati, ujian yang macam-macam.

Jadi berlalulah tahun-tahun (2 tahun) ditarbiah. Satu hari, apabila diri sudah semakin matang, murabbi dan asatizah akan tiba-tiba cakap, “Sebenarnya D & T kamu di sini berenang-renang dalam sungai je, belum masuk laut lagi.” Reaksi semua, “Alamak, sungai je? Penat dan lelah dah ni. Baik, kami mujahadah lagi! iA boleh thabat.” Lepas tu murabbi pun drill kan lah kepentingan Tarbiyyah Dzatiyyah semasa usrah.

Hari yang dinanti tiba, berakhirlah kewajipan sebagai seorang pelajar. Grad, alhamdulillah. Bersiap siagalah semua untuk masuk laut.

Tapi bila dah masuk laut, haaa….

REALITI

Situasi yang mungkin dihadapi:

1) Satu kehilangan yang sangat terasa bila pulang ke Malaysia ialah orang di sekeliling. Mana pergi orang yang sentiasa solat berjemaah dan berma’thurat bersama? Lagi-lagi kalau itu bukan satu norm di rumah. hah, gelabah dah.
2) Aisey, minggu ni takde program. Macam mana ni? Nak isikan dengan apa
3) Bila orang kawasan nak kol ni? Nak berusrah cepat-cepat. nak jumpa akhawat!
4) Bila dah dapat usrah. Usrah 35 minit away dalam kelajuan kereta 110 kph! Dah lah tak tahu jalan atau drive. hmmm, okay…
5) Ada program? Yay! di Ipoh? Jauhnya!
6) Uh oh, ada milo dan nescafe dalam rumah lah. McD blakang rumah pulak tu. Payah ni.
7) Alamak, dah down. Murabbi jauh.Nak bersua muka untuk heart-to-heart. Macam mana?
8) Isy, napa org ni park belakang kereta! macam mana nak keluar ni! Suka hati je park merata-rata!
9) Dan dalam banyak-banyak situasi ni, syaitan akan sentiasa bisikkan benda-benda tak elok ke telinga. Kita jadi kurang sabar, tak berhemah dengan family dan lain-lain. Akhirnya, makin lama, amalan sunat berkurang dan macam-macam lagi.
10) Itu belum masuk hal kerja lagi. Offshore, on call. Semua on off ada. Macam mana nak pergi usrah macam ni?

Ada solusi ke dah macam ni? Mestilah ada!

Persediaan Diri

1) Meyakini dengan bersungguh di dalam hati

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya). 33:23

Back to basic. Pada hari pertama kita berkenalan dengan D & T, kita niat untuk berubah kerana Allah kan? Jadi, berimanlah bersungguh-sungguh dengan itu. Sebab tiada lagi perkara lain yang akan buatkan kamu ingin berada di atas jalan yang kamu sendiri tahu panjang dan susah, melainkan dengan niat untuk mencari redhaNya. Tiada yang lain. Tetapkan niat ini dari sekarang. Niat ini yang akan membantu kamu mujahadah sehingga ke akhir. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah untuk tetapkan kamu di dalam saf. Rahmat Allah lah yang akan meletakkan kamu terus istiqamah dengan apa yang kamu yakini.

2) Niat yang akan menghasilkan amal

Apabila sudah nekad di hati, berusahalah dengan apa yang mampu untuk mencapai matlamat. Amal D tu sangat luas, jangan kecilkan skopnya. Contohnya, kalau ada niat untuk ajak keluarga bersama mengamalkan kembali suruhan Islam yang syumul, mulakan dengan diri sendiri dahulu. Satu aspek penting dalam hidup berkeluarga; keberadaan mereka di depan kamu sebagai orang yang kamu ingin bimbing, bukan lah untuk disyarahkan ISK, Usul 20, Muntalaq, Manhaj Hidup Muslim atau apa-apa bahan fikrah. Tapi untuk mereka perhati gerak-geri kamu, tabiat harian kamu, amalan kamu, sudah berubahkah? Kalau Subuh masih lambat bangun, lepas Subuh tidur, lepas makan tak basuh pinggan, bilik bersepah, masih bergaduh dengan adik, syarahlah sebanyak mana bahan fikrah pun, mereka tak akan teringin untuk ikut. Apatah lagi bagi ahli keluarga yang bukan dalam background D & T. Mungkin kamu tak mampu buat semua sekali, tapi mujahadahlah dengan disiplin kehidupan seharian.

3) Timba sebanyak mampu sekarang juga! Jangan tangguh. Nanti takde masa dah.

Kalau masih berada di luar negara atau mempunyai masa lapang. Jangan bazirkan. Baca lah segala buku yang ada. Jumpalah sesiapa untuk dapatkan apa-apa yang boleh dipraktikkan. Tips masak, tips berumah tangga, tips kekemasan diri, grooming, apa-apalah. Yang penting garap semua yang available. Lapang sebelum sempit.

4) Tarbiyyah base bukan program base.

Tepis ketepi bahawa D itu adalah apabila kita diberi tugasan dalam organisasi, masuk biro-biro, jadi AJK, host program-program besar. Hakikatnya, organisasi dakwah Islam asasnya tetap tarbiyyah. Dan kalau kita imani manhaj Ikhwan, ianya bermula dari individu, bait muslim dan seterusnya. Tiada tarbiyyah, maka runtuh organisasi dakwah kerana ianya akan dibina di atas asas yang rapuh. Satu yang Ikh/Akh perlu faham ialah D & T di semua tempat takkan bergerak dengan pace yang sama. Ada yang baru nak bermula, jadi organisasi belum kukuh, tiada program-program besar yang ada except prog dalaman, hence, less the work you are getting; unlike disana yang semuanya dah ada biro-biro. Teruskan komited dengan T. Dan jangan lupa dengan DF. On the flip side, ada yang dah sangat laju, murabbi ramai, usrah pun cepat, program pula peringkat nasional. Jadi, jangan compare. Beramal ikut kapasiti dan of course, objektif mesti tercapai!

5) Amal D & T itu luas

Murabbi pernah berpesan, D & T itu bukanlah dengan kita selalu keluar rumah dan pergi ke program. Jangan diabaikan yang ada di dalam rumah (kepada mereka yang masih tinggal bersama keluarga). Kadang-kadang kita asyik keluar, sampaikan hak-hak di dalam rumah terabai. Kita penat cari orang luar untuk di T, yang di dalam rumah pulak tak jadi. Jadi, saya syorkan, plan jadual betul-betul. Kalau perlu keluar, boleh, tapi make sure hak-hak di rumah setel.

Untuk T diri sendiri, patutlah murabbi drillkan Tarbiyyah Dzatiyyah. Ini sangat penting, sebab dzatiyyah lah yang memampukan individu untuk bergerak.

Belum usrah? Sabar. Diorg tengah nak sort out kan lah tu. Sementara tu why don’t you sort yourself out first dengan kehidupan di Malaysia?

Takde program? Bacalah apa-apa yang bermanfaat. Pergi riadhah ke.

Usrah jauh? Err, ada ukhti yang drive 2 jam untuk ke usrah. Dari Sabak Bernam, Selangor ke Bota, Perak! Lepas tu program sabtu di Tanjung Malim. MasyaAllah!

Murabbi jauh? Call lah. bukan susah.

Program jauh? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kan dah niat tadi?

6) Ukhuwah itu kan bonded by aqidah?

Laut itu luas, maka jalinkanlah ukhuwah dengan semua. Rindu pada akhawat pasti ada. Tapi kena realistik. Jadi, saya syorkan baca artikel ni sebab dia praktikal:

Ukhuwah Satu Realiti

7) Tegas dengan pendirian

Terutamanya dalam isu boikot. Jangan di sana bersungguh, di Malaysia longgar sebab semua org tak aware. Makanya, kita lah yang kena awarekan masyarakat. RM 1 = 1 bullet shot to your brother/sister in aqidah!

8) Bila down

Ni situasi normal. Kan iman itu yazid wa yankus, naik dan turun. Jadi, bila sedar turun, cepat-cepat naikkan! Cepat-cepat cari punca. Carilah siapa-siapa yang boleh bantu. Cari akhawat ke. Takpun cepat-cepat tepis dan sibukkan diri.

9)Sabar dan teruskan kesabaran

Ini nasihat sahabat sebelum saya pulang 21 September hari tu. Dan itulah yang cuba saya lakukan kalau sedang berada dalam masyarakat. Terutamanya masa driving. Macam-macam ragam!

10) Masa sibuk

Saya belum lagi experience ni di Malaysia since saya belum start kerja lagi. Tapi masa di OZ, kerja 9-5 mmg takkan dapat concentrate benda lain. kerjaaa je. Tgk-tgk dah habis 8 jam. Memang akan racing against time. Jadi bagi sesiapa yang sangat busy untuk usrah, ini apa yang orang-orang lama cakap: pergi juga! Tak kisah lah, kalau datang usrah tidur, lambat ke, yang penting datang. sebab mengikut kata mereka, siapa yang tak datang untuk usrah akan dissappear dari jalan ni. *poof*

Ini cerita pengalaman orang-orang yang dah lama:

Pengalaman Dr yang on call 36 hours: Datang usrah tidur. Tapi Dr tu kata, kalau seorang Dr yang dah on call tak tidur 36 hours, tapi still dtg usrah, first thing dia akan buat ialah ucapkan tahniah dan kemudian suruh dia tidur. 🙂

Pengalaman akauntan yang bekerja balik malam masa peak time: Datang-datang usrah, usrah dah nak habis dah.

MUJAHADAH

Mereka boleh mujahadah, kita pun mesti boleh! 

Saya yang menulis ni pun baru 2 bulan berada di Malaysia. Entah macam mana masa depan saya. Doakan saya. Sesungguhnya tangan yang menulis dan mulut yang bercakap itu lebih berat tanggungjawabnya. Semoga dapat mengambil manfaat.

Buat sahabat-sahabat yang bakal pulang ke tanah air, jumpa kamu di Malaysia tak lama lagi, iA!

Yang sudah di Malaysia, mari teruskan mujahadah!

Advertisements

Jalan Juang

IZIS – Jalan Juang

Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh
sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah Al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu
Jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah
Sekedar mimpi
Namun janji Allah
Yang Haq dan pasti…!!