Monthly Archives: April 2008

Perlu Lebih Kuat Kerana Hidup Akan Makin Sukar

credit goes to Ustaz Fauzi’s Satu Perkongsian.

Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya.Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, , rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu.

Ujian dan Tekanan Sunnah Kehidupan

Hari-hari yang dilalui diharapkan semakin mudah, tetapi rupa-rupanya ia tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya kita semakin susah. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan ini yang menguji dan menambah tekanan.

Sebelum ini kita mungkin tertekan dengan study dan exam. Rupa-rupanya alam kerjaya tanpa study dan exam jauh lebih berat dan lebih mencabar.

Sebelum ini kita mungkin tertekan kerana hidup seorang diri tanpa pasangan hidup. Rupa-rupanya alam rumahtangga menyelesaikan sebahagian masalah tetapi mengundang masalah lain yang lebih besar.

Semasa bergaji kecil, kita berasa tertekan lalu berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar. Dapat pendapatan besar, lain pula bentuk tekanannya.

Inilah hakikat kehidupan. Kehidupan di dunia adalah ujian dan tekanan. Inilah kenyataan yang perlu diterima sebaiknya.

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).” (Al-Balad: 4)

Al-Hasan menafsirkan kesulitan dan kesukaran itu: “Kerana manusia akan menghadapi musibah di dunia dan kesulitan di akhirat.”

Hadapi dan Tinggikan Martabatmu di Sisi Allah

Kita berada di alamNya. Kepatuhan kepada Allah bererti kita mesti menerima peraturanNya.

“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)

Imam al-Mawardi menafsirkan ‘siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya’ sebagai ‘siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya’.

Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia.

“dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46)

Yakinlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan takdir Allah. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup. Semua itu untuk mengangkat martabat manusia. Lebih tabah kita menghadapinya, lebih tinggi martabat kita di sisi Allah.

Kehidupan generasi awal membuktikan hakikat ini. Mereka diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan.

Saidina Osman r.a. diuji dengan kematian satu demi satu isterinya (kedua-duanya adalah anak Rasulullah s.a.w.). Rasulullah s.a.w. memujuknya ketika beliau berada di kemuncak kesedihan pulang dari majlis pengkebumian: “Jika aku mempunyai yang ketiga (anak perempuan lain yang masih belum berkahwin) akan ku kahwini denganmu.” Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi anak perempuan lain dan Saidina Osman r.a. tabah menerima hakikat itu.

Saidina Omar r.a. diuji dengan kemarau dan wabak penyakit yang menimpa negara Islam selama bertahun-tahun. Kulit Saidina Omar r.a. yang asalnya berwarna putih kemerah-merahan bertukar gelap disebabkan kekurangan makan dan minum. Umat Islam ketika itu menangisi keadaan dan kesulitan yang dihadapi oleh Khalifah mereka tetapi Saidina Omar r.a. terus bertekad untuk menjadi manusia yang paling sedikit makan dan minum di kalangan umat Islam sepanjang krisis ini berlaku.

Kenapakah manusia yang berjasa kepada umat Islam juga diuji dengan ujian hidup? Kerana kecintaan Allah kepada mereka. Mereka menghadapi semua itu dengan tabah lalu Allah mengangkat martabat mereka di sisiNya. Kemudian mereka diuji lagi dengan ujian yang lebih besar, mereka menghadapinya dan martabat mereka akan semakin tinggi. Demikian pusingan kehidupan.

Begitulah Kita

Hadapilah ujian hari ini dengan tabah. Bersedialah untuk ujian seterusnya yang lebih besar. Jadilah orang yang kuat untuk menghabiskan baki kehidupan. Moga Allah menempatkan kita di kedudukan yang tinggi di akhirat kelak.

Reminders, revisited.

16:23 Tidak diragukan lagi bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.

There is a piece of flesh in the body if it becomes good the whole body becomes good but if it gets spoilt the whole body gets spoilt and that is the heart. (Sahih Bukhari)

“Tidak akan masuk syurga siapa yang didalam hatinya terdapat sifat kesombongan walaupun sebesar zarah” – (Hadis riwayat oleh Muslim)

“Reminds me a story of two people meeting in fajr time. One was returning from prayer while the other was returning from a night of shameful activities. Both of them look at each other, assuming that the other was spending the night as they themselves had. Makes you think, if we suspect ill of others, maybe because that very illness is within ourselves. The truly pious are the ones who see the best in everyone while they consider themselves the worst. because when you can see yourself the worst then you can’t feel superior over anyone.” (Baba Ali, 2007)

Syaitan’s work.

Ya ayyuhallazi na amanud hulu fis silmi kaffah. wala tattabiu hutuwatishshaytan Innahu lakum aduwwummubin.

Al-Baqarah:208 Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata.

———————-

*a self-reminder that was meant to be shared*

Terketuk hari tu mendengar kata-kata naqibah. Kami bincang tajuk Ar-rasul Qudwatuna ‘Rasul ikutan kita’:

Kita wajib ikut sunnah Nabi. Tapi kita ni penatlah ikut sunnah-sunnah Nabi yang kecil. Dari cara duduk, cara Nabi makan, cara Nabi yang macam-macamlah. Bende yang remeh temeh. Bukanlah tak perlu ikut sunnah-sunnah Nabi yang begitu. Tapi, apa satu sunnah Nabi yang Nabi buat dari hari pertama lagi baginda terima wahyu?

Dakwah!

Inilah sunnah Rasulullah yang paling besar.

Draw your own conclusion.
Let’s reflect.

………

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa) : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang – orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”
(2:286)

Shift Your Paradigm

Part 1
Part 2
“Dakwah ini bermula dengan seorang,
kemudian disambung oleh para sahabat,
Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam.

Kerajaan Umayyah,
Kerajaan Abasiyyah,
Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Dimanakah pengganti Umar Al-Khattab hari ini?
Siapakah pewaris Salahuddin Al-Ayubi hari ini?
Dimanakah pemuda-pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fateh zaman ini?
Mereka inilah pemuda-pemuda yang ingin kita contohi
Adakah anda hanya ingin melihat?
bergoyang kaki, menutup mata?
Ayuh kita bangkit dan ubahlah paradigma anda!”

SHIFT YOUR PARADIGM

(T_T)’

Mencari Yang Maha Satu
UNIC
Album : Tika itu
Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya ada yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diriku memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi..

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di setiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya ku trima seadanya..

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah belenggu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diriku memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Agar tidak tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui keagunganMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua lahir sempurna,
tak semua lurus jalannya
Bermulalah cerita dan dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa
wujud aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari Maha Esa..
Aku akui ada langkah serongku
taklah hasratku setajam itu
Yang amat ku risau lidah hujan dibanjiri
Fitnah melilau-lilau
Oh Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa dipohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluanku ke sana
Dewasakan pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

49 Al – Hujurat

9: Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang,
maka damaikanlah antara keduanya.
Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain,
maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu,
sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.
Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah),
maka damaikanlah antara keduanya dengan adil,
dan berlakulah adil.
Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

10: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,
kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)
dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

11: Wahai orang-orang beriman!
Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain,
(kerana) boleh jadi mereka (meraka yang diperolok-olokkan)
lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok),
dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain,
(kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan)
lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok).
Janganlah kamu saling mencela satu sama lain
dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.
Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan)
yang buruk (fasik) setelah beriman.
Dan barang siapa tidak bertaubat,
maka mereka itulah orang yang zalim.

12: Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa
dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.

Benarlah kata-kata Allah