Monthly Archives: June 2009

Desert Rose

Jazakillah khair Mariah for the link

Salam.

I guess everyone is a buzy bee right now with the exam period’s now started. All the best on your exams. =)

Betulkan niat, usaha, doa & tawakkal, and you will do just fine insyaAllah.

Semalam habis satu buku ‘Sultan Muhammad Al-Fateh’ dibaca sebab sedikit stress dekat-dekat nak exam ni.

Hurm, umur dah bakal 22. Belum hafal Al-Quran, hafal satu surah pun kadang-kadang boleh termasuk surah lain. Belum pernah jadi ketua apa-apapun (penolong ketua unit tidak dikira). Solat sunat rawatib kadang-kadang tertinggal, inikan pula bangun malam tiap-tiap hari untuk solat sunat tahajjud. Belum pernah mengislamkan sesiapa. Nak ambil perang exam pun boleh rasa stress.

Sultan Muhammad Al Fateh – umur 16 tahun dilantik menggantikan pemerintahan ayah seketika, 19 tahun dilantik menjadi Sultan, tak pernah tinggal solat sunat rawatib dan solat tahajjud, membuka kota Constantinople, di mana mengikut hadis Rasulullah, penakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik pasukan. Telah mengIslamkan ramai orang. Pemimpin yang zuhud, mengambil tahu masalah rakyat, berperang bersama-sama dengan rakyat, bersusah payah bersama rakyat. Dan semua tu dapat dilakukan sebelum umur baginda mencecah 22 tahun.

Tapi saya impikan syurga yang sama seperti Sultan Muhammad Al Fateh. Macam tak logik kan?

(-_-)

Jadi, saya akan terus berusaha. THAT I can promise.

Selamat menghadapi imtihan semua! Semoga usaha untuk perang kita yang ini diredhai dan diberkatiNya.

Advertisements