Monthly Archives: December 2009

Hari Ini

Teringat kata-kata yang diutarakan oleh murabbi tahun lepas semasa program Al-Muntalaq. Kata-katanya lebih kurang begini:

Kita kat sini pergi program, dengan kawan-kawan bukannya untuk balik nanti berkata, “Oh, teringat masa di Adelaide dulu, pergi program, pergi usrah. Seronok dan ramai kawan-kawan”. Tapi kita belajar program hari ini dan yang lain-lain untuk beramal. Matlamat kita besar. Program kita bukan untuk kenangan, tapi bekalan untuk bergerak.

Dan hari ini saya akan bergerak. Semoga bekalan saya kekal dan saya istiqamah.

Kerana mungkin saya takkan kembali lagi ke ‘Bumi Bercahaya’ saya untuk bergerak seperti dua tahun lepas.

Bukanlah takkan terkenang langsung pengalaman-pengalaman di sini.  Subhanallah, takkan satu pun saya lupa.

Tapi matlamat saya bukan di sini. Tapi jauh nun di akhirat sana. Saya akan melihat kebelakang untuk muhasabah dan bina kekuatan untuk jalan yang masih jauh. Doakan saya tsabat.

Buat sahabat-sahabat di Bumi Kangaroo, terima kasih untuk 3 tahun yang paling bermakna.  🙂

Ana uhibbukunna fillah.

Alia