Monthly Archives: December 2012

Scribble #10

Hari ni terasa macam serabut alam. Tiba-tiba terjumpa buku nota kecil bertajuk “Jiwa Yang Tenang (2)” . Rasanya saya beli masa di konvensyen; RM 1.

Moga Allah balas mereka yang terlibat menghasilkan nota kecil ini dengan sebaik-baik balasan.

Saya kongsikan di sini isi-isi nota tersebut.

——————————————–

“Ubahlah kekalahan menjadi kemenangan dengan bersikap lapang dada, mengakui, memuji dan menghormati kemenangan orang lain”

“Kejayaan yang diraih seseorang tanpa ditunjang oleh ibadah bagaikan bangunan yang didirikan tanpa asa (foundation)”

“Keinginan untuk dilihat sebagai hebat sebenarnya akan mengsengsarakan kita”

“Nikmatilah hidup merdeka, tidak diperhambakan oleh keinginan dipuji, dihormati atau dilayan istimewa, sebab menjadi orang yang biasa itu sebenarnya nikmat! =) ”

“Apabila kita bergantung kepada manusia, kita akan takut kehilangan pergantungan kita.”

“Cukuplah Allah menjadi sandaran kita kerana Dia tidak akan mengecewakan sesiapa pun yang bergantung kepadaNya.”

“Berani hidup harus berani hadapi masalah. Jangan takut dan gentar dengan masalah yang menghalang.”

“Hadapi dengan benar dan tawakkal, kerana setiap masalah sudah diukur Allah bersesuaian dengan kemampuan kita.”

“Raihlah kemenangan dengan kemenangan sejati, iaitu bersikap rendah hati dan tetap menghormati pihak yang kalah.”

“Beruntungnya kita bukan perkara menang atau kalah, juga bukan isu mendapatkan atau tidak.”

“Beruntungnya kita jika kita berjaya berubah menjadi lebih baik dalam situasi apa pun.”

“Jangan kita lakukan sesuatu semata-mata kerana ‘ingin’ sebab ‘ingin’ tidak pernah ada habisnya. Juga jangan kerana ‘suka’ sebab ‘suka’ mudah berubah.”

“Berubahlah kerana ‘perlu’ sebab ‘perlu’ mengundang banyak manfaat.”

“Sesungguhnya hidup ini adalah ujian yang tiada hentinya.”

“Seberat-berat ujian adalah kelapangan, kemuduhan, pujian dan hal-hal yang membuat kita lalai dan lupa kepada Allah.”

“Kejayaan sebenar adalah lulus ujian dengan markah terbaik mengikut piawaian (standard)  dan penilaian Allah SWT.”

Saudaraku, tabah dan sabarlah berjuang di sekolah kehidupan…
Sesungguhnya di sana, ada rehat yang panjang dan kekal…

Image

Tagged